Sunday, May 17, 2009

+ fikir2kan sejenak +


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat AhmadText Color dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Subhanallah..segala tanda2 kecil akhir zaman sangat jelas, tidak perlulah kita lihat jauh di tempat lain di negara kita sendiri sudah jelas terdapat sebahagian besar tanda2. setahu sy terdapat banyak lagi tanda2 lain seperti "ibu melahirkan tuannya", di mana anak2 tidak lagi menghormati org tua.

pendapat sy tentang keadaan negara sendiri
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. - da kene takluk pon


2) Zina bermaharajalela. - negara kita salah penyumbang zina, kebakangan byk sgt kes2 rogol2, buang anak, kene tangkap khalwat huhu, itu yg di repot atau yg tertangkap, yang terlepas... ??


3) Bermaharajalela alat muzik. - AF, OIAM, AIM, Juara lagu. artis lebih di agung2kan dengan pelbagai anugerah2 hebat.


4) Menghias masjid dan membanggakannya. - no komen


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. - no komen, tapi sy sgt paham keadaan serupa ini


6) Ramai orang soleh meninggal dunia. - ... sy kurang pasti


7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat. - ini pon sy kurang pasti, tak berani untuk menuduh sesiapa yg hina, tetapi dari segi politiknya seperti ada nampak kurang balance.


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. - yang ini, tak usah menuding jari, sy pon terlibat sama. InsyaAllah sy akan berubah huhu


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.


10) Bulan sabit kelihatan besar. - ...


11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. - tgk berita, baca paper negara kita anda akan tahu.


12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. - ni pon ada gak kot..

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. - sy ada menonton rancangan dokumentari, ada pembesar2 arab buat padang golf kat atas padang pasir. kelihatan semua rumput2 yg ada subur menghijau tanpa sebarang masalah, tak pasti kalo ada guna teklonogi2 tanam2 rumput.

post kali nih yg aku copy dari site sumber keinsafanku..huhu.. sedar xsedar memang dah banyak tanda2 nih yg berlaku..tapi kita semua cam still leka ngan kehidupan harian..lelebih g aku ar.. so aku harap, post nih leh la mengexcitekan energy untuk kita sama2 tingkatkan amalan n keinsafan masing2..adios.. =D

2 comments:

k.wana said...

salam mun chumel..tq post artikel ni..amaran dn peringtan tuk akak yg slalu2 lupa pdNYA,, byk kejadian yg mnunjukkn tanda akhir zaman kan.. masjid yg dihias dn dbanggakan mksdnye msjd hr ni dibina cantik2 tp kurang mnusia p ksane tuk ibadat..emm..akak rase la..emm harap ALLAH matikan kite dlm keadaan kite beriman pdNYA..INsyaALLAH.. slmt berblogging!! =)

moon said...

wasalam kak wana...peringatan untuk mun gk... =D